Latar Belakang Desa KEDA Bagan Sena

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Bagan Sena adalah salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah  Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1991. Desa KEDA ini mula diduduki secara berperingkat pada tahun 1993, 1996 dan 2002. Bilangan rumah adalah  sebanyak 117 buah dan telah memberi manfaat kepada 685 orang penduduk Daerah Kulim.